Followers

Tuesday, July 25, 2017

#6 TIPS MEMILIH PELAMIN AKAD NIKAH PILIHAN ANDA

Kalau uols memilih untuk membuat pelamin bagi acara akad nikah, Jangan risau!! Uols boleh cari idea kat bawah ni ðŸ‘‡


#1: Set jambangan bunga yang diatur tersusun menjadikan pelamin kelihatan cantik dan kemas. Juraian langsir yang diikat rendah menghasilkan efek 'flowy'.


#2: Bersederhana dengan dekorasi backdrop, pelamin dihias berat hiasan bunga bagi menyerikan pelamin.

#3: Gantikan hiasan buga di pelamin anda dengan meletakkan hantaran di sisi kerusi pelamin anda. Tambahkan pencahayaan dengan meletakkan platform berlampu sebagai tapak pelamin anda.


#4: Jika anda mempunyai kelebaran ruang yang terhad, gunakan kerusi yang bersaiz sederhana supaya pelamin anda tidak kelihatan sempit. Gunakan kelebihan ruang yang memanjang sebaiknya dengan menyusun atur hantaran anda secara memanjang.


#5: 'Outdoor akad nikah'? Sangat cool. Dengan ini, lebih ramai hadirin boleh menyaksikan acara akad nikah anda. Hiasan minimal pada backdrop dipadankan dengan hiasan sekitar kerusi pelamin dengan bungaan dan dekorasi yang ceria.


#6: Kelihatan mewah dan ekslusif, penggunaan warna yang minmal dan efek cahaya yang bersesuaian menghasilkan pelamin yang cantik dan indah.


#7 TIPS HADIAH PENGANTIN MEMANG PERLUKAN

Daripada beri hadiah yang pengantin tidak guna, lebih baik berikan kepada mereka hadiah benda yang mereka perlukan, bukan? Jom tengok ni! 👇

#1: Tuala:
Tuala yang berkualiti agak mahal untuk dibeli secara banyak pada satu-satu masa. Selepas berpindah ke rumah baru, pasangan yang baru berkahwin tentunya perlukan tuala lebih untuk tetamu yang bermalam di rumah mereka kelak. Jadi, tolong mereka sedikit dengan hadiahkan mereka tuala.



#2: Barangan Elektrik Di Dapur:
Walaupun klise, dan ramai yang memilih untuk menghadiahkan pengantin barangan dalam kategori ini, tidak salah untuk anda menghadiahkan raja sehari blender/microwave/periuk nasi dan sebagainya. Pengantin memang dah agak akan dapat barangan sebegini dan selalunya tidak masukkan dalam bajet untuk kelengkapan rumah baru mereka. Tidak perlu besar-besar pun tidak mengapa. Mereka pun berdua sahaja, sekurang-kurangnya untuk 9 bulan akan datang.

#3: Set Kutleri:
Memang selalunya barangan dapur yang agak leceh sedikit. Banyak yang perlu dibeli dan dilengkapkan. Set kutleri agak cool sebagai hadiah untuk pasangan raja sehari kerana bukan sahaja mereka memang perlukannya, tetapi juga selalunya set kutleri ini akan datang dalam kotak dan memang cantik sebagai untuk dijadikan hadiah perkahwinan.



#4: Bantal:
Seperti tuala, bantal pun tidak cukup sorang satu saja di rumah baru nanti. Semua benda kena ada lebh sedikit. Kalau bukan untuk kegunaan sendiri, untuk tetamu yang bermalam seperti keluarga dan kawan. Bantal yang elok juga agak mahal untuk dibeli sekali banyak. Apa kata anda bagi sebiji dua sebagai hadiah.

#5: Buku Resipi Memasak:
Yes, kita ada teknologi yang canggih untuk membolehkan kita belajar memasak atas talian. Tapi, buku memasak bagi feel yang lain sedikit. Seronok boleh 'flip' kertas daripada kena 'slide to unlock'.

#6: Set Pinggan Mangkuk:
Set pinggan mangkuk pun agak klise, tapi inilah yang mereka perlukan. Tips penting, jika anda tidak berapa pasti tentang stail dan citarasa pasangan pengantin, anda pilih yang dekorasinya tidak terlampau ketara dan ringkas.

#7: Duit:
Jika anda rasa anda agak leceh untuk membeli hadiah atau tidak sempat, anda beri sahaja duit. Bak kata orang, salam kaut. Jika ada bajet lebih, anda beri lebih sedikit.

P/S: Jika anda beri hadiah jangan lupa untuk tulis nama anda plus one tau. Selalunya ada pengantin yang mahu ucapkan terima kasih kepada tetamu dan pemberi hadiah apabila mereka mempunyai kesempatan.

Credit Picture by : @pinterest
Credit Post : Weddings by Emma

#10 TIPS PANTANG LARANG SEBELUM BERKAHWIN


(Credit pictures by @sweetpictures_kl)

Orang Melayu terkenal dengan adat dan tatasusilanya yang tersendiri semenjak dari dahulu. Ada yang mungkin sukar untuk dilaksanakan pada masa kini kerana perubahan zaman dan kekangan yang ada. Tapi sebagai rujukan apa salahnya kita mengetahuinya untuk panduan supaya ikatan perkahwinan yang bakal dibina itu berjaya kerana setiap pantang larang yang dikenakan mempunyai sebabnya tersendiri. Jom tengok disini 👇



#1 Jangan keluar dengan bakal suami atau isteri anda 40 hari sebelum diijabkabulkan untuk mengelakkan tohmahan orang di sekeliling.


#2 Jangan keluar lewat malam atau berembun untuk mengelakkan unsur jahat atau sihir.


#3 Pastikan anda mendapat tidur yang cukup dan berkualiti iaitu selama 8 jam sehari dan tidak tidur lewat.


#4 Sebelum menjadi pengantin elakkan tidur di katil pengantin kerana tidak elok dipandang.


#5 Elakkan berjemur atau melakukan aktiviti luar sebelum anda berkahwin untuk memastikan kulit tidak menjadi gelap dan kurang berseri.


#6 jika anda merupakan perokok digalakkan untuk berhenti sebelum anda berkahwin supaya kesihatan anda terjaga.


#7 Jangan terlalu kerap berjumpa dengan keluarga sebelah lelaki atau perempuan untuk mengelakkan fitnah.



#8 Amalkan membaca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan dan dekatkan diri dengan Allah supaya anda mendapat keredhaan-Nya.


#9 Tiga bulan sebelum anda diijabkabulkan, amalkan urutan untuk menguatkan kembali tenaga yang hilang.


#10 Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang lebih berpengalaman dan dapatkan petua-petua yang berguna supaya mudah untuk ikuti.

Pening nak fikir tema warna yang sesuai utk wedding anda?

TIPS PEMILIHAN TEMA WARNA

Pening nak fikir tema warna yang sesuai utk wedding anda? Jom dapatkan tips dan ilham terbaik dari kami ni!


#1: Tema warna dan tema perkahwinan adalah dua perkara yang berbeza. Tema perkahwinan adalah tema bagi sesebuah majlis, contohnya seperti tema inggeris, tema dalam taman, tema klasik dan sebagainya.

#2: Manakala bagi warna pula, tema warna adalah tema yang fokus utamanya adalah pada warna sesebuah majlis. Contoh permainan warna yang cuba ditonjolkan dalam sesebuah perkahwinan. Kini, pemilihan dua warna adalah antara warna yang popular dan mendapat sambutan bakal pengantin.

#3: Antara warna yang menjadi pilihan adalah 'baby pink dan baby blue' campuran dua warna lembut untuk memikat hati tetamu yang hadir, warna lain adalah 'silver' dan merah, untuk tampak lebih 'classy'.

#4: Padanan tema warna yang sesuai akan membuatkan tetamu sendiri tertarik dengan majlis tersebut. Lagi manis dan mendapat perhatian tetamu apabila warna tersebut diaplikasikan dalam busana pengantin.

#5: Pilih tema warna dan tema perkahwinan yang sesuai supaya majlis anda tampak ceria, comel dan paling penting sesuatu yang anda sendiri tidak akan menyesal lakukan di kemudian hari.



#6: Elakkan tema yang menarik perhatian orang luar supaya tidaklah majlis anda jadi bahan gelak dan bual bicara para tetamu yang hadir seperti tema 'ghotic', tema 'hello kitty' atau anime mahupun tema warna warni macam pelangi.
 

7 TIPS MENEMPAH KAD KAHWIN

Assalamualaikum semua.

Salah satu persiapan yang penting sebelum majlis perkahwinan diadakan adalah menyediakan kad kahwin. Zaman sekarang ni zaman langit terbuka atau kita panggil zaman IT la kannn. Boleh jer kita jemput dengan FB, Twitter, Whatsapp dan lain-lain medium lagi. Tapi kad kahwin masih lagi menjadi pilihan utama tauu. Jangan terus lupa kad kahwin sebab dia macam ada simbolik hari perkahwinan korang gituu..




So, harini i nak kongsi tips-tips untuk menempah kad kahwin.

1. Bila nak tempah ek?
Sebaik-baiknya start buat tempahan seawal 2 - 4 bulan lebih awal dari tarikh Majlis. Biasanya kad yang berkualiti ambil masa selama 2 - 6 minggu untuk disiapkan. Selain itu, dapat memastikan uols ada masa yang selesa untuk mengedarkan kad tu.

2. Design & Jenis Kad
Sebaiknya ia memberi gambaran majlis yang bakal berlansung. Jika majlis mementingkan kesederhanaan, maka kad pun perlu melambangkan kesederhanaan. Begitu jugaklah sebaliknya.

Warna pada kad pun boleh samakan dengan warna tema majlis uols. Kalau uols tempah secara pakej yang termasuk dgn penunjuk arah, banner & banting, pastikan ia sama dengan design kad supaya bakal tetamu senang untuk mengenali lokasi majlis uols.

3. Maklumat majlis
Make sure perkara penting seperti tarikh, aturcara majlis, nama pasangan, nama waris dan beberapa pekara penting lain disemak dengan teliti sebelum kad dicetak.

4. Nombor telefon untuk dihubungi
Masukkan lebih dari 2 nombor untuk dihubungi ke dalam kad jemputan. Biasanya bakal tetamu akan menghubungi nombor-nombor ini apabila mereka gagal mencari lokasi majlis pada hari majlis berlangsung. Lagi ramai jemputan, lebih banyak nombor harus dimasukkan.

Pastikan anda meletakkan nombor2 mereka yang mahir tentang jalan setempat supaya mereka mudah membantu bakal tetamu menemui lokasi majlis.

5. Bahan & warna cetakan
Pastikan anda mencetak kad menggunakan ‘warna kalis air’ di atas ‘kad keras’. Biasanya kad disimpan agak lama oleh bakal tetamu sebelum majlis berlansung. Kad keras mengelakkan ia terkoyak apabila terlipat, diselit atau terkena air.

Warna kalis air pula memastikan maklumat kekal jelas walaupun anda menggunakan perkhidmatan pos yang terdedah kepada kemungkinan terkena hujan. Dakwat kalis air juga biasanya lebih tahan lama sekurang-kurangnya sehingga tarikh majlis dilansungkan.




6. Peta Lokasi Majlis
Elakkan menggunakan peta yang diambil terus dari Google Map kerana ia agak umum dan kadangkala tidak meletakkan beberapa ‘landmark’ setempat yang penting. Adalah lebih baik anda melakar sendiri peta ke lokasi majlis dan minta pihak pencetak cantikkan dengan sentuhan pereka grafik mereka.

Antara ‘landmark’ penting adalah seperti surau, masjid, sekolah, pasaraya terkenal, kedai 24jam, jambatan besi dan pelbagai lagi panduan setempat yang penting.

7. Jumlah kad berbanding jemputan
Biasanya nisbah kad dengan jumlah jemputan adalah 1 kad kepada 2 tetamu. Jika anda bercadang menjemput 1000 tetamu, anda perlu menempah 500 kad. Walaupun adakalanya tetamu datang sekeluarga yang terdiri dari 5 orang tetapi ramai juga yang tidak dapat hadir pada hari majlis dilangsungkan. Ini mengimbangi nisbah kad kepada jumlah tetamu.

Namun begitu, jika majlis berlansung pada bukan waktu puncak, peratus kehadiran amat tinggi dan biasanya pihak catering meletakkan nisbah kad kepada jemputan; 1 kad kepada 3 tetamu.


Friday, July 21, 2017

#tilljannah The Wedding Heritage (Majlis Nikah Alia & Azahari)

Assalamualaikum semua. Sebelum i nak cerita tentang pengantin kalini, i nak perkenalkan uols dengan banglo-banglo The Wedding Heritage (TWH).

TWH sekarang dah buka cawangan baru tauu. Haa kat mana tu? Hehe. Paling baru di Putrajaya tau. And cawangan lain ada di Villa Ampang, Banglo Kota Damansara dan Cassa Detik Ampang. Boleh pilih tempat mana yang sesuai dengan bajet uols!

I tak nak cerita lebih2, I jemput semua untuk datang tengok sendiri Banglo kami. Sumpah mesti jatuh cinta macam uols jatuh cinta dengan pasangan uols tu! Bak kata pepatah, dari mata jatuh ke hati.. Ewah!

Kalau ada yang plan nak kahwin dalam tahun ni dan tahun depan, jangan risau i bagi free consultation tau. Contact i laju2 yeee..

Next, jom kita tengok gambar-gambar hari bahagia pasangan sama cantik sama padan ni..


Tema pelamin putih dan ungu.. Sweet sangat kan? 






OPEN BOOKING 2018 & 2019

OPEN BOOKING 2018 & 2019

OPEN BOOKING 2018 & 2019

Call/Whatsapp 013 624 4846 (Ms. Tyra)

The Wedding Heritage Saksi Cinta Syira & Asyraf

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Harap semua sihat :)

Rasa seronok nak update entry kali ni sebab pasangan kita ni sangat sweet! Pasangan Syira & Asyraf ni bagai pinang di belah dua gituu.. Sama cantik sama padan. 

Jom kita tengok moment2 bahagia mereka jom! 

Cantik kan? Pilihan warna baju yang sesuai dengan tema pelamin mereka.





Apa yang best sekali, Banglo TWH ni sediakan ruang pelamin yang sangat luas untuk pasangan, family dan kawan2 tangkap gambar posing2 gitu kat pelamin. Kalau ruang pelamin luas and selesa gambar pun jadi bom bom kebabom kan?! ;)


Pelamin dengan kombinasi warna putih dan peach sangat cantik dan warna yang tengah trend sekarang ni.




Apa yang penting sekali untuk pengantin perempuan mestilah make up pada hari berbahagia tu kan?
Jangan risaulah sebab TWH pun sediakan pilihan MUA yang terbaik dari ladanggg!



So, apa tunggu lagi.. Dah ramai yang start booking ni untuk tahun depan. Takkan nak biar orang lain rebut tarikh yang sama? Hehehe mai contact akak laju2 yeee.



OPEN BOOKING 2018 & 2019


OPEN BOOKING 2018 & 2019


OPEN BOOKING 2018 & 2019

Call/Whatsapp 013 624 4846 (Ms. Tyra)

Majlis Resepsi Dr. Dalila & Dr. Faizal

Assalamualaikum. Hai semua.

Jom Cik Tyra nak bawa korang semua berangan2 dan bercita-cita untuk buat wedding korang kat Banglo The Wedding Heritage (TWH) ni. Confirm lepas tengok gambar wedding kali, semua rasa nak kahwin cepat2. Hahaha!

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan terserlah kegembiraan kat wajah pengantin kita ni..


See, kawasan sekitar rumah yang luas boleh muat kira-kira 10 kanopi tau! So jangan risau kalau jemputan korang up to 1000 pax.


Pelamin yang super cute ni... Menggunakan kombinasi warna biru, putih dan hijau. Cantik kan? 







Cik Tyra suka sangat dengan pilihan warna mereka. 







OPEN BOOKING 2018 & 2019

OPEN BOOKING 2018 & 2019

OPEN BOOKING 2018 & 2019

Call/Whatsapp 013 624 4846 (Ms. Tyra)

Majlis Resepsi Aida & Faizal