Followers

Tuesday, July 25, 2017

7 TIPS MENEMPAH KAD KAHWIN

Assalamualaikum semua.

Salah satu persiapan yang penting sebelum majlis perkahwinan diadakan adalah menyediakan kad kahwin. Zaman sekarang ni zaman langit terbuka atau kita panggil zaman IT la kannn. Boleh jer kita jemput dengan FB, Twitter, Whatsapp dan lain-lain medium lagi. Tapi kad kahwin masih lagi menjadi pilihan utama tauu. Jangan terus lupa kad kahwin sebab dia macam ada simbolik hari perkahwinan korang gituu..




So, harini i nak kongsi tips-tips untuk menempah kad kahwin.

1. Bila nak tempah ek?
Sebaik-baiknya start buat tempahan seawal 2 - 4 bulan lebih awal dari tarikh Majlis. Biasanya kad yang berkualiti ambil masa selama 2 - 6 minggu untuk disiapkan. Selain itu, dapat memastikan uols ada masa yang selesa untuk mengedarkan kad tu.

2. Design & Jenis Kad
Sebaiknya ia memberi gambaran majlis yang bakal berlansung. Jika majlis mementingkan kesederhanaan, maka kad pun perlu melambangkan kesederhanaan. Begitu jugaklah sebaliknya.

Warna pada kad pun boleh samakan dengan warna tema majlis uols. Kalau uols tempah secara pakej yang termasuk dgn penunjuk arah, banner & banting, pastikan ia sama dengan design kad supaya bakal tetamu senang untuk mengenali lokasi majlis uols.

3. Maklumat majlis
Make sure perkara penting seperti tarikh, aturcara majlis, nama pasangan, nama waris dan beberapa pekara penting lain disemak dengan teliti sebelum kad dicetak.

4. Nombor telefon untuk dihubungi
Masukkan lebih dari 2 nombor untuk dihubungi ke dalam kad jemputan. Biasanya bakal tetamu akan menghubungi nombor-nombor ini apabila mereka gagal mencari lokasi majlis pada hari majlis berlangsung. Lagi ramai jemputan, lebih banyak nombor harus dimasukkan.

Pastikan anda meletakkan nombor2 mereka yang mahir tentang jalan setempat supaya mereka mudah membantu bakal tetamu menemui lokasi majlis.

5. Bahan & warna cetakan
Pastikan anda mencetak kad menggunakan ‘warna kalis air’ di atas ‘kad keras’. Biasanya kad disimpan agak lama oleh bakal tetamu sebelum majlis berlansung. Kad keras mengelakkan ia terkoyak apabila terlipat, diselit atau terkena air.

Warna kalis air pula memastikan maklumat kekal jelas walaupun anda menggunakan perkhidmatan pos yang terdedah kepada kemungkinan terkena hujan. Dakwat kalis air juga biasanya lebih tahan lama sekurang-kurangnya sehingga tarikh majlis dilansungkan.




6. Peta Lokasi Majlis
Elakkan menggunakan peta yang diambil terus dari Google Map kerana ia agak umum dan kadangkala tidak meletakkan beberapa ‘landmark’ setempat yang penting. Adalah lebih baik anda melakar sendiri peta ke lokasi majlis dan minta pihak pencetak cantikkan dengan sentuhan pereka grafik mereka.

Antara ‘landmark’ penting adalah seperti surau, masjid, sekolah, pasaraya terkenal, kedai 24jam, jambatan besi dan pelbagai lagi panduan setempat yang penting.

7. Jumlah kad berbanding jemputan
Biasanya nisbah kad dengan jumlah jemputan adalah 1 kad kepada 2 tetamu. Jika anda bercadang menjemput 1000 tetamu, anda perlu menempah 500 kad. Walaupun adakalanya tetamu datang sekeluarga yang terdiri dari 5 orang tetapi ramai juga yang tidak dapat hadir pada hari majlis dilangsungkan. Ini mengimbangi nisbah kad kepada jumlah tetamu.

Namun begitu, jika majlis berlansung pada bukan waktu puncak, peratus kehadiran amat tinggi dan biasanya pihak catering meletakkan nisbah kad kepada jemputan; 1 kad kepada 3 tetamu.


No comments: