Assalamualaikum..
Salah memilih sahabat... Aku penat untuk berpura.. Berpura untuk menjadi seorang yang ok sahaja di depan semua temanku.. Kenapa? Kenapa temanku langsung tidak pernah mengetahui ape yang tersirat disebalik wajah ini. Aku inginkan teman yang bisa fahami saat bila aku berduka, saat bila aku ingin diberi perhatian. Aku ingin semua itu. Pasti. Aku sedang mencari....

Sahabat.. Dulu aku berjumpamu.. Aku fikir kaulah sahabat yang akan menyinari hidupku.. Yang akan mengembirakan aku saat aku duka. Ya.... Aku anggap itulah kau... Dan ya.. Aku dapat sahabat yang benar saat itu..

Tetapi.. Saat itu saat yang sebentar sahaja dapat ku rasai.. Ternyata kau pantas berubah.. Beralih mencari yang baru.. Yang lebih 'best' dari aku.. Yang lebih 'sporting' dari aku.. Ya.. Aku kurang bercakap.. Aku kurang meluahkan apa yang terpendam.. Aku tidak suka menagih simpati... Aku ingin kau sendiri mengesan luka di hatiku ini.. Tetapi.. Aku bodoh kerana melepaskan kau.. Jauh.. Pergi...

Sahabat.. Tujuan ku coretkan disini untuk meluahkan apa yang terpendam.. Menyatakan apa yang terbuku di hati.. Aku tak sanggup lagi untuk menahan seorang diri.. Banyak perkara yang aku berkecil hati dengan mu.. Sungguh.. Aku pendam.. Aku ingin melihat hanya dirimu bahagia.. Jika kau bahagia.. Aku turut gembira.. Tetapi ada tercalit sedikit kecewa.. Kerana.. Kegembiraanmu itu bukanlah kerana kau gembira bersama ku...
Sejujurnya.. Aku masih belum menemui sahabat yang benar-benar dipanggil sahabat :'(










3 comments:
ngengade .. hahaha
hai!
nama kita samalah!
nama blog kita pun sama!
what a coincidence! =DD
Well, it'true, sahabat sejati memang susah nak dapat. Bagi akak, memang nak cari sahabat yang sekepala dengan kita, yang sudi berkongsi duka duka dengan kita, yang memang takkan tinggalkan kita walau macam mana sekalipun, memang susah nak cari orang yang macam tu.
Takpelah, apa kata kita jadi sahabat sejati! Haha.. Macam lawak je ayat dia. Tapi betul lah. Akak dah 19 tahun pun, masih belum jumpa sahabat sejati.
mmg susah an..
Post a Comment